Saturday 20 January 2018



Penyewa turun dari syurga tok lah pepatah yang sesuai untuk cust aku yang chek in untuk 11 mlm yang baruk jak chek out semalam.
Aku pun bukak lah aircond di living room supaya cust aku selesa penatkan baru sampai. Selepas 2 jam aircond living room tok aku bukak keadaan msih tidak sejuk.
Hari petama cust chek in, aircond pada living room 3000Btu jenama Carrier rosak blackout homestay aku ada sedikit bau hangus pada bahagian outdoor. Macam biasa aku datang bersama technician aircond try untuk repair outdoor yg hangus ada sedikit kebakaran pada kabel di dalam outdoor. Technician aku buat custom made untuk cabel outdoor pastikan saiz cabel bersesuai dengan cabel yang asal cuma takde sarung lah kat cabel ya beza dari yang ori. Terbaiklah cabel custom made yang di pasang tadik berjaya menghidupkan compresor outdoor selamat duit aku hehehe.
Hari kedua pula cust aku nie whatsap lampu pada kitchen hangus sebab berlaku blackout 1 taman semalam katanya. Kebiasaan aku akan chek lampu pastikan menyala sebelum cust masuk. Hari kedua aku pun datang lagi ke homestay utk tukar lampu bahagian kitchen.
Ok kita masuk hari ketiga cust aku call remote pada autogate tak function aku pun datang lagi sambil lepak dan hantarkan remote spare. Aku faham kebiasaan musim hujan kan autogate sangat diperlukan tak payah nak turun bukak gate basah dengan hujan lebat.
Alhamdullilah hari ke-4 hingga hari ke-11 senyap cust aku nie semua barang aku dh settle kan.
Hari ke-11 cust aku chek out aku tggu depan homestay utk ambik kunci dan plan nak clear sampah. Masuk jer rumah keadaan rumah sangat bersih aku rasa akak nie memang dh buat cleaning sampah sampah semua dh buang, lantai bersih macam baru di mop jak. Aku naik atas tengok semua bilik memang sah penyewa turun dari syurga. Aku hanya tersenyum dan kunci semua pintu.
P/s: x semua cust turun dari neraka ada dari syurga yang datang dan kita patut hargai.
Ada ckit cust dari neraka terus nak viral apa kah!
Biar luput anang cabut jang.
Jarang aku nak tulis panjang panjang tapi cust tok buat aku ada idea utk tulis panjang
Terima kasih buat keluarga Sari Amit.



Iklan kejap!!!

Homestay haziiq memang meyediakan autogate bagi memudahkan cust ketika musim hujan melanda..

Homestay Haziiq Bekembar & Transport ada homestay yang boleh menjimatkan percutian anda sekeluarga penginapan ini menyediakan kemudahan::

✔️ 4 bilik tidur dan 3 bilik air dilengkapi Water Heater. 
✔️ 4 Unit Penghawa dingin. 
✔️ 2 queen bad 5 singe bad. 
✔️ 5 tilam extra
✔️ 3 bantal extra
✔️ TV LED 32 inci berserta Astro. 
✔️ Meja makan untuk 6 orang. 
✔️ Pinggan, gelas dan cawan. 
✔️ Dapur untuk memasak. 
✔️ Almari pakaian & sejadah. 
✔️ Pemanas air & Rice Cooker 
✔️ Peti sejuk berta mesin basuh. 
✔️ 1 Unit Iron Set. 
✔️ Autogate.

Haziiq homestay terletak bersebelahan Normah Medical Centre dan Gian Hypermarket. Anggaran masa 5 minit, anda akan sampai ke Haziiq Homestay. 
Rate ::

☑️ RM 200 / mlm / penginapan minimum 3 malam. 
☑️ RM 250 / mlm / penginapan 2 mlm ke bawah.

Destinasi berhampiran:

✔️ Pasar Niaga Satok (5minit) 
✔️ Tebingan Sungai Sarawak (5minit) 
✔️ Giant Hypermarket Samariang (5 minit) 
✔️ Normah Medical Centre (5 minit) 
✔️ Stadium Sarawak (5 minit) 
✔️ Masjid Jamek Kuching Sarawak (5 minit) 
✔️ Kelab Golf Sarawak (5 minit) 
✔️ IKM Kuching & Abm Sarawak (5 minit) 
✔️ Stadium Kuching (5 minit) 
✔️ Kolej komuniti (5 minit) 
✔️ Muzium Kucing DBKU (5 minit) 
✔️ Astana & Dun Sarawak (5 minit) 
✔️ Maktab Batu Lintang (15 minit) 
✔️ Politeknik Kuching (15 minit) 
✔️ UiTM Kuching (30 minit) 
✔️ Unimas Sarawak (30 minit) 
✔️Pasar Serikin / sempadan Indonesia (1jam ) 
✔️ Pulapol Sarawak (45 minit)

#homestay kuching sarawak
#homestay murah kuching
#homestay murah kuching

Whatsap:: 010-226 9169
Whatsap:: 010-226 9169
Whatsap:: 010-226 9169

                                                                       
                                                    SUASANA LIVING ROOM DILENGKAPI AIRCOND


                                                
                                                                    3 UNIT TOILET



                                                            KEADAAN BAGI BILIK MASTER ROOM





Tuesday 11 October 2016

Bahasa melayu sarawak seakan akan melayu banjar Indonesia.


Orang Melayu di Sarawak agak berbeza dari melayu di negeri yang lain terutamanya dari segi bahasa. Ada mengatakan bahawa bahasa melayu sarawak seakan-akan bahasa banjar indonesia. Dipercayai sejarah dan asal usul melayu di sarawak terpecah kepada tiga iaitu:
Dan aku nie memang melayu sarawak yang sedang aktif menyediakan perkhidmatan homestay & transport di sekitar kuching sarawak.
1) berasal dari Sumatera dan Tanah Melayu.
Suku kaum Melayu di Sarawak yang menetap di kawasan persisiran pantai. Mereka dipercayai berasal dari Sumatera dan Tanah Melayu. Mereka mula datang ke Sarawak sejak kurun ke-15 Masihi lagi. Penempatan awal mereka adalah di Lidah Tanah iaitu kawasan di sekitar Sungai Sarawak (bahagian Kuching).
Pada masa itu, suku kaum ini diketuai oleh seorang putera raja bernama Datuk Merpati Jepang. Orang Melayu beragama Islam dan menjalankan aktiviti ekonomi menangkap ikan di laut, bertani dan berniaga. Setelah mereka dijajah oleh Kesultanan Brunei pada kurun ke-16, keturunan Datuk Merpati Jepang terus dilantik sebagai pentadbir di sana dengan memakai gelaran Datuk. Akhirnya lahirlah jawatan-jawatan pentadbir seperti Datuk Patinggi (sebagai ketua menteri), Datuk Temenggung (menjaga keamanan dan keselamatan) dan Datuk Bandar (mengendalikan hal-hal perdagangan).
Selain itu juga, orang berbangsa Abang berasal juga dipercayai dari keturunan Datuk Merpati Jepang dari Sumatera .
2) berasal dari keturunan Melayu Brunei (Kesultanan Brunei).
Menurut satu sumber yg lain, orang Melayu yang mendiami kawasan-kawasan yang berdekatan dengan Brunei seperti di Bahagian Miri adalah berasal dari keturunan Melayu Brunei. Keturunan ini memakai gelaran Awang (bagi lelaki) dan Dayang (bagi perempuan) yang juga berfungsi sebagai nama keluarga. Mereka mula masuk ke Sarawak setelah Sarawak dijajah oleh Kesultanan Brunei.
Golongan Dayang di Sarawak dan Brunei adalah setaraf dgn golongan Lady di England . Golongam Dayang juga pernah wujud di Pulau Luzon, Filipina suatu ketika dahulu sebelum ketibaan penjajah Sepanyol di Filipina. Kisah mengenai Dayang Angkatan ada dicatatkan dalam Batu Bersurat Laguna (Laguna Copperplate Inscription) yg dijumpai di Manila.
3) berasal dari keturunan orang-orang Dayak yang memeluk Islam dan telah mengadaptasikan adat, kebudayaan dan cara hidup orang Melayu serta bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.
Golongan ini merujuk kepada orang-orang Melayu yang menetap di bahagian lain di Sarawak. Nenek-moyang kepada golongan ini boleh dikatakan orang Dayak yang terasimilasi menjadi kaum Melayu secara rela setelah memeluk Islam.
Kewujudan golongan ini juga telah menyebabkan terciptanya bahasa Melayu loghat Sarawak. Bahasa Melayu loghat Sarawak agak sukar untuk difahami oleh penutur-penutur loghat Melayu yang lain kerana loghat tersebut banyak menyerap perkataan dan istilah dari bahasa Dayak khususnya Iban.

Homestay haziiq & Transport
Kamarul.Ramli = 010-226 9169

Sunday 27 March 2016

Awesome staf Hospital Limbang.

Persatuan kelab dari hospital limbang menyertai program tilawah Al-Quran di sekitar Kuching.


Penginapan ke tempat pertandingan memakan masa 5 minit untuk sampai.


Tak payah nak sibuk sibuk nak bukak gate ketika musim hujan begini.




Homestay haziiq memang meyediakan autogate bagi memudahkan cust ketika musim hujan melanda..


Homestay Haziiq Bekembar & Transport ada homestay yang boleh menjimatkan percutian anda sekeluarga penginapan ini menyediakan kemudahan::

✔️ 4 bilik tidur dan 3 bilik air dilengkapi      Water Heater. 
✔️ 5 Unit Penghawa dingin. 
✔️ 1 queen bad 5 singe bad. 
✔️ 5 tilam extra
✔️ 3 bantal extra
✔️ TV LED 32 inci berserta Astro. 
✔️ Meja makan untuk 6 orang. 
✔️ Pinggan, gelas dan cawan. 
✔️ Dapur untuk memasak. 
✔️ Almari pakaian & sejadah. 
✔️ Pemanas air & Rice Cooker 
✔️ Peti sejuk berta mesin basuh. 
✔️ 1 Unit Iron Set. 
✔️ Autogate.

Haziiq homestay terletak bersebelahan Normah Medical Centre dan Gian Hypermarket. Anggaran masa 5 minit, anda akan sampai ke Haziiq Homestay. 
Rate ::

☑️ RM 200 / mlm / penginapan minimum 3 malam. 
☑️ RM 250 / mlm / penginapan 2 mlm ke bawah.

Destinasi berhampiran:

✔️ Pasar Niaga Satok (5minit) 
✔️ Tebingan Sungai Sarawak (5minit) 
✔️ Giant Hypermarket Samariang (5 minit) 
✔️ Normah Medical Centre (5 minit) 
✔️ Stadium Sarawak (5 minit) 
✔️ Masjid Jamek Kuching Sarawak (5 minit) 
✔️ Kelab Golf Sarawak (5 minit) 
✔️ IKM Kuching & Abm Sarawak (5 minit) 
✔️ Stadium Kuching (5 minit) 
✔️ Kolej komuniti (5 minit) 
✔️ Muzium Kucing DBKU (5 minit) 
✔️ Astana & Dun Sarawak (5 minit) 
✔️ Maktab Batu Lintang (15 minit) 
✔️ Politeknik Kuching (15 minit) 
✔️ UiTM Kuching (30 minit) 
✔️ Unimas Sarawak (30 minit) 
✔️Pasar Serikin / sempadan Indonesia (1jam ) 
✔️ Pulapol Sarawak (45 minit)

Whatsap:: 010-226 9169
Whatsap:: 010-226 9169
Whatsap:: 010-226 9169

Monday 21 March 2016

10 TEMPAT MENARIK DI KUCHING, SARAWAK YANG HARUS DIKUNJUNGI

10 TEMPAT MENARIK DI KUCHING, SARAWAK YANG HARUS DIKUNJUNGI
SETIAP LAMPIRAN GAMBAR DIBAWAH TELAH DISELITKAN SECARA RINGKAS TENTANG MAKLUMAT2 BAGI SEMUA TEMPAT MENARIK YANG HARUS DIKUNJUNGI
Negeri Sarawak yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang merupakan negeri terbesar di Malaysia dan dikategorikan sebagai Malaysia Timur. Kuching merupakan ibu negeri bagi Sarawak. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, Malanau, Orang Ulu dan lain-lain. Kuching juga merupakan Bandar keempat terbesar di Malaysia dengan kepadatan penduduk sekitar 794 517 orang.
Kuching diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988 dan sejak itu Kuching menjadi tarikan utama pelancong dari serata dunia. Menjejaki apa yang menarik di Kuching Sarawak, negeri yang terkenal dengan pelbagai khazanah semulajadi dan hidupan liar di Malaysia.



KAMPUNG BUDAYA
Kampung budaya ini juga digelar ‘Muzium Kehidupan’ ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching dan merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan. Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelancong.

Penduduk kampung akan menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pelancong yang berkunjung ke tempat mereka. Pelancong juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak seperti rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Bagi pelancong yang ingin mencipta kelainan dalam perkahwinan, pelancong boleh melangsungkan perkahwinan mereka di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.


 

Kubah Ria Komplex
Dulunya, Pasar Ahad di Jalan Satok, Kuching merupakan destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah akan membawa hasil hutan dan buah-buahan tempatan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain. Pasar ini mula beroperasi seawal jam 5 pagi. Pasar Satok juga menawarkan peluang kepada pelancong untuk melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka. Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan kunjungan ke pasar ini pasti lebih menyeronokkan. Di sini juga terkenal dengan ikan terubok masin, pelancong yang datang ke sini disarankan supaya mencuba ikan terubok masin yang sedap dan murah berbanding di tempat lain.

Kini, pasar minggu Satok telah berpindah ke Kubah Ria Complex yang menempatkan 1400 peniaga yang menjual bahan kering,bahan basah,kedai makan dan macam macam lagi.Semuanya ada di satu tempat.Sungguh Meriah!


 

Gambar di atas ialah Kubah Ria Food Court yang menempatkan pelbagai jenis juadah yang sedap dan istimewa orang Sarawak.

   

 



KUCHING WATERFRONT
Kuching Waterfront juga merupakan tempat yang wajib dilawati sekiranya berkunjung ke Sarawak. Di mana ia adalah antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, pelancong boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil (perahu tambang) dan menaikinya dengan kadar tambang yang cukup murah. Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Bertentangan dengan Kuching Waterfront pula, terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang cantik dan unik bermotifkan tradisi Sarawak. Daripada tikar Sarawak yang popular kepada hasil tembikar yang beraneka bentuk seperti pasu, patung kucing dan sebagainya, semuanya ada ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Pelancong juga boleh mendapatkan pelbagai buah tangan dan ole-ole untuk di bawa pulang dari sini.




TAMAN NEGARA GUNUNG GADING

Taman Negara Gunung Gading adalah kawasan hutan bergunung-ganang yang indah yang terletak hanya dua jam perjalanan dari bandar Kuching. Taman ini terletak berhampiran Lundu, sebuah pekan kecil yang menarik di barat-daya Sarawak. Pada mulanya taman negara ini merupakan sebuah kawasan pemeliharaan tertutup bagi tumbuhan Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga bergaris pusat satu meter. Walau bagaimanapun, selepas menjalankan kajian meluas tentang kesan ke atas alam sekitar, Jabatan Taman Negara membuat keputusan bahawa Gunung Gading adalah harta negara yang berharga yang perlu dikongsi dengan orang awam. Oleh itu, taman negara ini dibuka kepada pelancong pada tahun 1994.
Taman Negara Gunung Gading dikawal rapi oleh Jabatan Taman Negara bagi memastikan pelancong mendapat peluang yang terbaik untuk melihat sendiri bunga Rafflesia yang kembang tanpa memusnahkan kudup bunga tersebut atau pun tumbuhan lain di sekitarnya. Sebuah laluan pelantar kayu telah dibina di tempat di mana Rafflesia tersebut lazimnya kelihatan bagi membolehkan pelancong berkunjung ke sini dengan selesa pada bila-bila masa bunga Rafflesia ini mengembang. Trek laluan hutan membawa pelawat menuju ke sungai, air terjun dan kawasan gunung dan sebuah laluan lagi membawa pelawat ke puncak Gunung Gading (906 m). Bentuk mukabumi kawasan gunung ini yang dramatik menyediakan latarbelakang yang indah kepada pekan Lundu yang berdekatan serta pantai-pantai di Pandan dan Siar.
 
TAMAN NEGARA BAKO
Terletak 37 km dari Kuching, Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropika yang utama di Sarawak. Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara ia mempunyai hampir kesemua spesies tumbuhan yang dapat dijumpai di Borneo. Monyet Prtoboscis yang hanya dapat dilihat di Borneo mungkin menjadi tumpuan di antara haiwan liar, dengan kata lain, sekiranya ada Monyet Macaque, Monitor lizards dan tupai, monyet Prtoboscis lebih menjadi pilihan.

Taman itu merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda, pelancong yang bernasib baik boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba yang dilindungi sepenuhnya di negeri ini. Taman Negara Bako hanya akan sampai selepas pelancong menumpang kapal kecil selama 20 minit dari Kampung Bako. Ia telah dilindungi sejak 1957 supaya hidupan liar tidak akan terancam. Lawatan tidak digalakkan pada Oktober hingga Mac kecuali April sehingga September. Ini disebabkan pada April hingga September keadaannya tidak begitu lembab kerana dipengaruhi oleh monsun.
 
PASAR SERIKIN
Pasar Serikin adalah sebuah pekan kecil di Bau iaitu sempadan Malaysia – Indonesia dengan jaraknya kira-kira 70 kilometer dari Bandar Kuching. Pasar Serikin sentiasa menjadi kunjungan bukan saja penduduk tempatan malah pelancong dari dalam dan luar negara. Terdapat pelbagai jenis barangan dari Sarawak dan Indonesia yang dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Di pasar Serikii, pelancong dapat melihat dan membeli pelbagai barangan yang agak asing daripada yang terdapat di semenanjung Malaysia. Barangan yang dijual kelihatan unik dan lebih menarik hati. kebiasaannya, penjual menjual barangan rotan, tikar, pelbagai jenis kain pelikat dan kain batik, makanan ringan ‘jajan’ made of indonesia, barangan dapur, telekung wanita dan barangan kraf tangan. Ternyata , barangan kraf tangan yang dihasilkan oleh warga tempatan amat kreatif.
  

JONG’S CROCODILE FARM
Jong’s Crocodile Farm atau Taman Buaya Jong di Sarawak adalah adalah sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Taman ini terletak di daerah Padawan (jalan Kuching-Serian) merupakan kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya terbesar di malaysia. Buaya-buaya di sini ditempatkan mengikut saiz, spesies/jenis dan umur. Sekiranya waktu kunjungan pelancong kena pada masanya, pelancong dapat menyaksikan pertunjukkan memberi makan kepada buaya secara langsung. Pelbagai cenderamata kenang-kenangan boleh dibeli dan sekiranya pelancong berminat, daging buaya yang telah dikeringkan juga dijual disini. Terdapat juga spesies unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang lain yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo.
 
PUSAT HIDUPAN LIAR SEMENGGOH (WILDLIFE CENTRE)
PUSAT Hidupan Liar Semenggoh (PHLS) yang terletak kira-kira 24 kilometer dari pusat bandar raya Kuching terkenal dengan pemuliharaan Orang Utan yang menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini. Pusat ini bermula dengan sepasang Orang Utan yang membiak dan menjadi semakin banyak. Orang Utan yang dipelihara di sini akan dibebaskan ke dalam hutan apabila telah dewasa. Sama seperti mana-mana pusat pemuliharaan hidupan liar, ia juga dibuka kepada orang ramai untuk tujuan pendidikan dan penjelasan berkenaan kepentingan melindungi hidupan liar. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Semenggoh ini turut dihuni hampir 1, 000 hidupan liar terancam yang terdiri daripada mamalia, burung dan reptilia. Namun, ia menjadi terkenal apabila pusat berkenaan menjalankan Program Rehabilisasi Orang Utan dan telah berjaya melepaskan semula Orang Utan ke habitat asal mereka. Justeru itu, ia telah berubah menjadi salah sebuah pusat kajian biologi dan kelakuan khusus untuk Orang Utan.

Kuching menjanjikan percutian indah, padat dengan aktiviti, pengalaman yang pelbagai dan ilmu yang bermanfaat kepada pelancong.

Tempat tempat Menarik yang lain :

Taman Negara Kubah,
Taman Orkid,
Fairy Cave,
Muzium Sejarah Cina,
Muzium Sarawak,
Tokong Tua Pek Kong,
Muzium Tekstil,
Muzium Kuching,
Masjid Kuching,
Kompleks Mahkamah Lama,
Astana Negeri Sarawak,
Kubu Margherita,
Damai Central,
Muzium Islam,
Tugu Kuching,
Pasu Sarawak,
Kek Lapis Sarawak,
Sarawak River Cruise,
dan Bazaar Kaum Bidayuh.
HUBUNGI KAMI BAGI BANTUAN PERCUTIAN ANDA!!
010-226 9169 (KAMARUL) 
 

Sunday 13 March 2016

Sangat!! Puas hati.

TTerima kasih Official: Kedah FA


Ini malam kita jumpa di stadium yer bang.
Gudluck bro dari kedah.
Sarawak vs kedah.

"Yang lain blm bangun tdo lagi coz homestay nie mcm hotel sejuk gler bro"

Tdo sampai petang pun bleh bro!

Whatsap nyer bang.

Nanti melepas tarikh percutian anda. 😅




Tak payah nak sibuk sibuk nak bukak gate ketika musim hujan begini.

Homestay haziiq memang meyediakan autogate bagi memudahkan cust ketika musim hujan melanda..

Homestay Haziiq Bekembar & Transport ada homestay yang boleh menjimatkan percutian anda sekeluarga penginapan ini menyediakan kemudahan::

✔️ 4 bilik tidur dan 3 bilik air dilengkapi      Water Heater. 
✔️ 5 Unit Penghawa dingin. 
✔️ 1 queen bad 5 singe bad. 
✔️ 5 tilam extra
✔️ 3 bantal extra
✔️ TV LED 32 inci berserta Astro. 
✔️ Meja makan untuk 6 orang. 
✔️ Pinggan, gelas dan cawan. 
✔️ Dapur untuk memasak. 
✔️ Almari pakaian & sejadah. 
✔️ Pemanas air & Rice Cooker 
✔️ Peti sejuk berta mesin basuh. 
✔️ 1 Unit Iron Set. 
✔️ Autogate.

Haziiq homestay terletak bersebelahan Normah Medical Centre dan Gian Hypermarket. Anggaran masa 5 minit, anda akan sampai ke Haziiq Homestay. 
Rate ::

☑️ RM 200 / mlm / penginapan minimum 3 malam. 
☑️ RM 250 / mlm / penginapan 2 mlm ke bawah.

Destinasi berhampiran:

✔️ Pasar Niaga Satok (5minit) 
✔️ Tebingan Sungai Sarawak (5minit) 
✔️ Giant Hypermarket Samariang (5 minit) 
✔️ Normah Medical Centre (5 minit) 
✔️ Stadium Sarawak (5 minit) 
✔️ Masjid Jamek Kuching Sarawak (5 minit) 
✔️ Kelab Golf Sarawak (5 minit) 
✔️ IKM Kuching & Abm Sarawak (5 minit) 
✔️ Stadium Kuching (5 minit) 
✔️ Kolej komuniti (5 minit) 
✔️ Muzium Kucing DBKU (5 minit) 
✔️ Astana & Dun Sarawak (5 minit) 
✔️ Maktab Batu Lintang (15 minit) 
✔️ Politeknik Kuching (15 minit) 
✔️ UiTM Kuching (30 minit) 
✔️ Unimas Sarawak (30 minit) 
✔️Pasar Serikin / sempadan Indonesia (1jam ) 
✔️ Pulapol Sarawak (45 minit)

Whatsap:: 010-226 9169
Whatsap:: 010-226 9169
Whatsap:: 010-226 9169


Sunday 14 February 2016

Pengalaman cat lover in kuching sarawak.


Muzium Kucing adalah dibawah pengurusan pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara. Kesemua koleksi yang terdapat di Muzium Kucing telah diperolehi sejak ia berada di Muzium Negara, Kuala Lumpur dalam tahun 1987. Koleksi tersebut telah dibawakan ke Bandaraya Kuching di bawah penjagaan pihak Muzium Sarawak dan ia telah dipamer buat pertama kalinya pada 1 Ogos 1988 di Dewan Tun Abdul Razak.
Kerja-kerja berkaitan koleksi kucing ini terus dijalankan sehingga ia diserahkan dengan rasminya kepada pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara untuk ditempatkan di Muzium Kucing pada tahun 1993. Ide untuk menubuhkan sebuah Muzium Kucing telah tercapai ataas sumbangan dan usaha YAB Pehin Sri Haji Abdul Tain Mahmud, Ketua Menteri Sarawak serta isteri beliau Datuk Amar Puan Sri Dr. Hajjan Laila Taib.
LOKASI
Muzium Kucing terletak di Aras Bawah, Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, Kuching. Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara terletak di puncak Bukit Siol dengan ketinggian 60 meter di atas paras laut, yang mempunyai pemandangan yang cantik menghadap Bandar Raya Kuching yang indah.
Keluasan kawasan Muzium Kucing merangkumi 1,035.0 meter per segi yang mempunyai sebanyak empat galeri utama dan mempunyai lebih daripada 4,000 artifak kucing termasuk lukisan, memorabilia dan lain-lain.
MASA LAWATAN
Isnin - Ahad : 9.00am - 5.00pm (Kecuali Cuti Umum)
ATAS |
KOLEKSI KUCING YANG MENAKJUBKAN
GALERI A
  • Santubong (Ibu Negeri Sarawak Yang Pertama)
  • Bagaimana Bandar Raya Kuching Mendapatkan Nama?
  • Kuching Dahulu
  • Rajah-Rajah Putih Negeri Sarawak
  • Gabenor-Gabenor Semasa Pemerintahan Koloni di Sarawak
  • Pejuang-Pejuang Sarawak
  • Presiden-Presiden Majlis Perbandaran Kuching
  • Datuk Bandar Kuching Utara dan Selatan
  • Bandar Raya Kuching Sekarang
  • Galeri Orang Kenamaan
  • Pengenalan Mengenai Kucing
  • Kucing Dalam Masyarakat Melayu
  • Kucing Dalam Masyarakat Cina
  • Cerita Dongeng Kaum Iban
  • Maneki-Neko (Kucing Mengundang)
  • Kucing Dalam Masyarakat Jepun
  • Koleksi Satora Tsuda
GALERI B
  • Kucing Membongkok
  • Kucing Bergaduh
  • Kucing Pada Zaman Mesir Purba
  • Tempat Kucing Berjalan
  • Kucing Tidur
  • Kucing Bermain
  • Thomas Stearns Elliot
  • Ikan Sembilang
  • Koleksi Lukisan Kucing Nakahama Minoru
  • Kucing Dalam Kesenian Timur
  • Kucing Dalam Kesenian Moden Barat
  • Kucing Dalam Setem
  • Koleksi Jane Yap Jian Yi
GALERI C
  • Lima Peringkat Usia Kucing
  • Perkuburan Kucing
  • Mengangkat dan Memegang Kucing
  • Misai Kucing
  • Mata Kucing
  • Kucing Dalam Kad
  • Kucing Dalam Poster
  • Berbagai Jenis Baka Kucing
  • Galeri Kucing Hutan Borneo
  • Gua Kucing
  • Kucing Hutan Norway
  • Kucing Bengal
  • Kucing Dalam Muzik
  • Kucing Dalam Pengiklanan
  • Kucing Dalam Zaman Pertengahan
  • Kucing Tidak Bertuan
GALERI D
  • Koleksi Barangan Garfield
  • Koleksi Buku-Buku Kucing
  • Sudut Kanak-Kanak
  • Kucing Sebagai Teman
  • Koleksi Barangan Hello Kitty
  • Galeri Kucing Sarawak
  • Pameran Kucing Kontemporari
  • Cenderamata Daripada Pencinta-Pencinta Kucing

Wednesday 10 February 2016

Dengan homestay nie percutian anda lebih jimat.

Percutian 4 hari anda pasti berpuas hati dengan homestay yang hanya Rm 200!!!

Tak payah nak sibuk sibuk nak bukak gate ketika musim hujan begini.

Homestay haziiq memang meyediakan autogate bagi memudahkan cust ketika musim hujan melanda..

Homestay Haziiq Bekembar & Transport ada homestay yang boleh menjimatkan percutian anda sekeluarga penginapan ini menyediakan kemudahan::

✔️ 4 bilik tidur dan 3 bilik air dilengkapi      Water Heater. 
✔️ 5 Unit Penghawa dingin. 
✔️ 1 queen bad 5 singe bad. 
✔️ 5 tilam extra
✔️ 3 bantal extra
✔️ TV LED 32 inci berserta Astro. 
✔️ Meja makan untuk 6 orang. 
✔️ Pinggan, gelas dan cawan. 
✔️ Dapur untuk memasak. 
✔️ Almari pakaian & sejadah. 
✔️ Pemanas air & Rice Cooker 
✔️ Peti sejuk berta mesin basuh. 
✔️ 1 Unit Iron Set. 
✔️ Autogate.

Haziiq homestay terletak bersebelahan Normah Medical Centre dan Gian Hypermarket. Anggaran masa 5 minit, anda akan sampai ke Haziiq Homestay. 
Rate ::

☑️ RM 200 / mlm / penginapan minimum 3 malam. 
☑️ RM 250 / mlm / penginapan 2 mlm ke bawah.

Destinasi berhampiran:

✔️ Pasar Niaga Satok (5minit) 
✔️ Tebingan Sungai Sarawak (5minit) 
✔️ Giant Hypermarket Samariang (5 minit) 
✔️ Normah Medical Centre (5 minit) 
✔️ Stadium Sarawak (5 minit) 
✔️ Masjid Jamek Kuching Sarawak (5 minit) 
✔️ Kelab Golf Sarawak (5 minit) 
✔️ IKM Kuching & Abm Sarawak (5 minit) 
✔️ Stadium Kuching (5 minit) 
✔️ Kolej komuniti (5 minit) 
✔️ Muzium Kucing DBKU (5 minit) 
✔️ Astana & Dun Sarawak (5 minit) 
✔️ Maktab Batu Lintang (15 minit) 
✔️ Politeknik Kuching (15 minit) 
✔️ UiTM Kuching (30 minit) 
✔️ Unimas Sarawak (30 minit) 
✔️Pasar Serikin / sempadan Indonesia (1jam ) 
✔️ Pulapol Sarawak (45 minit)

Whatsap:: 010-226 9169
Whatsap:: 010-226 9169
Whatsap:: 010-226 9169